Latarbelakang Luis Garcia

Luis Garcia lahir pada 24 Jun 1978 di Badalona, Sepanyol. Luis Garcia pernah bermain untuk pasukan-pasukan FC Barcelona, CD Tenerife, Atlético de Madrid dan Real Valladolid dalam La Liga di Sepanyol.

Kebiasaannya, Luis bermain di bahagian tengah permainan, di kawasan yang dipanggil "hole" iaitu kawasan di antara midfield dan kawasan mainan striker. Di Liverpool, beliau mendapat reputasi menjaringkan gol-gol yang "susah" tetapi sering terlepas peluang untuk menjaringkan gol yang "mudah". Beliau juga sering terlepas bola keapda pihak lawan.

Beliau selesa menggunakan kaki kanan dan juga kaki kiri menjadikannya pemain serba guna, dan boleh bermain sama ada di sebelah kiri midfield ataupun di sebelah kanan, dan juga sebagai "back up striker". Walaupun berbadan kecil, beliau boleh menanduk bola dengan baik, walaupun apabila dicabaroleh pemain yang berbadan besar.